Wakaf Bersama
Kausar Aspire
Waqaf Bersama Kausar: Membina Waqaf, Membela Ummah.
Bina Kekayaan, Rancang Pewarisan, Capai Keberkatan Alam Abadi.
Pahala Berterusan
Wakaf menjadi amal jariah yang terus memberi manfaat kepada masyarakat, insya-Allah walaupun selepas kita tiada.
Manfaat Untuk Ummah
Sumbangan wakaf disalurkan untuk pembangunan ummah melalui pendidikan, kesihatan, kebajikan, kerohanian dan pembangunan sosial.
Kelebihan Potongan Cukai
Wakaf yang memenuhi syarat boleh memberikan manfaat potongan cukai tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan LHDN.
Kausar merupakan agensi pelaksana yang komited membantu pemilik harta dan perniagaan merancang pewarisan harta mereka secara tepat.
Waqaf An-Nur merupakan sebuah syarikat berhad dengan jaminan tanpa syer dan di lantik sebagai Nazir Khas oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk menguruskan aset atau saham yang di wakafkan.
Melalui inisiatif ini, kami membimbing anda untuk menyalurkan sebahagian harta bagi tujuan sedekah, infak, dan wakaf secara sistematik melalui Waqaf An-Nur Corporation Berhad (Waqaf An-Nur).
Program Utama: Hibah Lil Waqaf (HLW)
Program ini membolehkan anda berwakaf dengan lebih fleksibel mengikut fasa kehidupan anda:
- Hibah Lil Waqaf Semasa Hidup : Berhibah terus melalui sumbangan tunai.
- Hibah Lil Waqaf Selepas Kematian : Perancangan melalui manfaat takaful atau manfaat harta (hartanah/saham) yang akan diwakafkan selepas ketiadaan anda.
Bagaimana Wakaf Anda Memberi Manfaat?
Harta yang dihibahkan akan diwakafkan dengan pembelian saham patuh Syariah sebagai ‘Ain Wakaf’ (aset kekal). Dividen hasil pelaburan tersebut kemudiannya diagihkan untuk pelbagai tujuan Pembangunan Ummah.
Kelebihan Berwakaf Bersama Waqaf An-Nur
Potongan Cukai Pendapatan
Penderma (Individu atau Syarikat) layak mendapat potongan cukai sehingga 10% daripada Pendapatan Agregat di bawah Subseksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Pahala Berterusan (Sadaqah Jariyah)
Wakaf menjadi legasi kebaikan yang terus memberi manfaat kepada ummah, memastikan manfaatnya berpanjangan dan menjadi amal jariah walaupun setelah anda tiada.
Pengurusan Profesional
Pewakafan anda diuruskan secara profesional dan berlandaskan Maqasid Syariah bagi memastikan amanah dipelihara, aset diurus dengan baik serta manfaat wakaf terus memberi impak kepada ummah.
Jejak Impak: Ke mana Sumbangan Anda Pergi?
Hasil wakaf anda akan disalurkan kepada 5 teras utama Pembangunan Ummah:
Langkah Mudah Berwakaf
Melengkapkan urusan rasmi Hibah Lil Waqaf lebih mudah bersama Kausar
1. Konsultasi
Berbincang bersama perunding Kausar untuk menentukan jenis harta yang sesuai untuk dihibahkan, sama ada tunai, takaful atau hartanah.
2. Dokumentasi
Melengkapkan borang rasmi Hibah Lil Waqaf dengan mudah dan teratur, dibantu oleh perunding Kausar sepanjang proses dokumentasi.
3. Pelaksanaan
Pembayaran melalui tunai, cek, atau Potongan Automatik Bulanan (Direct Debit) untuk kemudahan anda.
Hubungi Kami untuk Perancangan Warisan & Wakaf
Bina Legasi, Hidupkan Wakaf. Bersama Kausar merancang harta dunia untuk keberkatan akhirat dan manfaat ummah.
